Tuesday, June 16, 2015

Silent torture

Kalau lah berpura pura itu semudah ABC.

Maka aku lah juara kerana berpura untuk segalanya.

Kalau lah aku sendiri faham apa yang hati ni perlukan,
maka aku lah orang paling bahagia dalam dunia.

Kalau lah dunia mampu berputar semula,
Maka aku lah manusia pertama yang merubah semuanya.

Dan kalau hati ini tak belajar untuk menerima,
Maka akulah orang yang paling rugi dalam dunia.

Rugi untuk semuanya.

Aku tak mampu lagi berpura.
Untuk mengatakan sayang sedangkan tidak.
Untuk mengatakan rindu tapi tidak.
Untuk mengatakan perlu tetapi tidak.

Dan aku juga tak mampu berpura.
Membenci sedang hati perih
Menolak sedang hati menjejak
Menyakiti sedang hati menjerit.

Menjerit untuk berhenti berpura.

Aku perlu jasad itu.
Aku perlu nyawa itu.
Aku perlu hembus nafas itu.
Aku perlu semangat itu.

Untuk aku terus bergerak atas bumi ALLAH yang tercipta indah.
Untuk khalifah yang sebaik penciptaan.
Unuk aku terus bangkit ditemani dan menemani.

Tapi aku manusia rugi kerana tak reti menghargai.
Aku manusia rugi kerana ego membatasi diri.
Aku manusia rugi kerana membiarkan jasad itu pergi.
Aku semakin rugi kerana tidak ambil peduli.

Yang pasti sekarang.
Aku tahu aku rindu
Aku tahu aku perlu
Aku tahu aku tak mampu
Untuk terus wujud tanpa jasad itu.

Tapi aku,
Tak mampu mengawal hati.
Untuk tetap ambil peduli.
Kerana aku pasti,aku tak mampu untuk memberi kasih abadi.

Maka aku,
Tetap membiarkan jasad itu pergi.
Membiarkan semangat itu membawa diri.
Membiarkan hembus nafas itu berlalu pergi.
Merajuk menyayangi nyawa sendiri.

Maafkan aku.
Jika sekiranya kau tahu isi hatiku wahai jasad, maka ku pohon kembali.
Kembali untuk menemani.
Tetapi bukan seperti dulu.
Cukup menemani dlm sunyi.
Kerna aku tak mampu utk tidak menyakiti
Hati yang suci.
Suci menyayangi hati yg rugi.

- i would never can pretend that i dont care about you.but i have to be fair. Fair to you and your feeling. I miss you. But if its good for your destiny.then i'll never begging to be in your life. Ever again -

No comments:

Post a Comment