Tuesday, November 18, 2014

SURAT SUAMI YANG CURANG KEPADA ISTERI YANG SETIA

Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…
Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang terkhilaf…
Mah…
Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah dengan lapang hati.
Mah… Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu…

_________________________________________________________________________________________

Assalam alls, im sure lots of people dah baca dan komen surat ni bila surat ni dah jadi viral dalam fb , twitter, instagram malah dlm blog hiburan.
Pada mulanya i dont even know pun wujudnya surat ni sebab dah lama tak tengok newsfeed fb sendiri. Kesibukan kerja buat aku lebih - mcm taknak ambil peduli hal luar dulu sebab aku nak focus pada diri sendiri - Tapi i know this thing cant happen sebab we deal with human. So tk boleh nak berlagak sgt lah kan.

Oke melalut dah haha ! So yesterday i've went to GST SEMINAR. 1 hari dekat PWTC buat punggung jadi kematu malah lebih keras daripada simen gred A hewhew sabor je la.
So on the way back home we had a conversation ( pergi seminar dgn akauntan ofis kasi sama2 pecah kepala. dia sebgai akauntan aku sbg bos nak kena tahu halatuju GST dlm organisasi syarikat . mcm2 lahai nasib makan free haha :D )
kakak : along, awak tahu tak pasal surat suami curang yg tgh viral dlm fb skrg ni.
me : surat apa kak ? i dah lama tk tgk newsfeed maleh nak sakit hati haha. since shilla jaga fb bisnes i mls sgt nak tgk .awat awat ? 
kakak : LOL kau ni. cerita dia psl suami dia konon2 confront kenapa laki dia curang ( word laki sudah digunakan tanda hangin badan nak dikeluarkan hihi ) tak boleh blah lah laki dia tau takk ?
me : awatnya ? i tak baca. pasaipa ? 
lalu kakak menceritakan sinopsis surat di atas dalam kadar yang pendek supaya aku faham dgn segera lalu kami boleh brainstorm atas situasi hohoo. At the end of the story,
kakak : aku tk boleh blah lah kenapa laki dia nk ckp mcm tu dgn wife dia .eii rasa nak tumbuk2 je laki mcm ni. bodoh betul ! 
me : sedih siak dia buat mcm tu. sian wife dia kot. apa kejadahnya nak curhat mcm tu kalau kau dah salah ? nak blame wife kau apehal en ? ( aku dah mula emo )
kakak : i just cant believe ada jugak hati kering bernama suami dlm dunia ni nak treat wife dia cmtu . dia ingt wife dia apa kot. dia blame wife dia tu tpi dia tak sedar yg salah tu sbnrnya dia. the thing is dia lupa utk  hargai wife dia. jaga aurat, jaga anak, jaga makan pakai laki dia, jaga kehormatan laki dia etc etc . aku tk faham doh.
* bahasanya seterusnya agak pasar kasi dialog real sikit tpi you all jgn masuk dlm tatabahasa original k hekhek *
me : thats why i just dont believe guys, anymore. alasan diorg mcm2. masa nak kawin nk cri yg solehah yg jaga diri jaga aurat jaga maruah etc etc.Bila dah kawin sesedap rasa nak buat taik mcm tu. siapa yg cheap skrg. lelaki ke perempuan ? 
kakak : eii aku geram la serius. diorg ingtkan jaga keluarga ni senang ke ? ckp sng la. cuba suruh diorg buat tgk. sekejap aje dah gve up. Siapa yg tknk cntik2 utk laki diorg. Perempuan lagi nk cantik2 utk laki diorg tpi  kau imagine la. perempuan skrg dah lah kena kerja supports laki utk maintain expenses. kos sara hidup dah tinggi. Tpi banyak laki buat ala kadar je. asal ada cukup2 pakai je. pastu bnyk yg malas. balik2 bini tggung. Pastu dah lah bini yg kena kerja, balik rumah je kena masak la mengemas la layan anak la  . Hoi ingt bini ni patung ke? kau bayang la dah kalau mcm ni punya jadual, tang mana sempat nak makeup cantik2 dekat rumah ? dgn anak mengembek ngembek lagi nak perhatian. Diorg asal balik je nak itu ini. Bila nak tutt pandai pulak cari. Tpi bab jaga anak ? bab kemas ? bab benda lain ? ada nak fikir ? dah kalau bini tk handle semua tu siapa yg nk handle  ? nnt balik rumah bersepah anak tak terurus makanan takde mengamuk jugak ! aku tak paham la sbnrnya apa suami ni nak !
me : sebenarnya diorg tk thu bersyukur kak. itu je pokoknya. dan kena fikir mrk kawin sbb apa. kalau alasan sbb nafsu mmg la takkan bersykur sampai bila2. wife dia jaga aurat, wife dia jaga rumahtangga, wife dia layan anak2 kcil.wife dia layan dia waktu dia nak . basically wife dia dah perfect sbg seorg isteri. So apa lg yg laki dia nak ? kenapa harus cri lain waktu wife tgh berusaha utk pastikan semuanya oke.kenapa tk boleh nak hrgai apa yg dia ada ? sekurang kurangnya dia tk tggung dosa wife dia seksi. wife dia gatal. wife dia buat perkara2 buruk. kenapa dia tk  bersyukur ?
kakak : aku ada kes kawan yg laki dia curang sbb wife dia terlalu baik. haha bodohnya alasan utk curang. just bcuz you have a very obedient wife and never say no malah ikut je semua apa kau kata then dgn alasan tu kau  boleh curang ? dh dpt bini baik pun nak curang? atas alasan bini aku baik sgt so aku boring. haha serius la bodoh laki mcm ni. hidup ats dasar nafsu je. kalau kawin sbb ALLAH takkan mcm ni la. kalau cmtu kan aku rasa kita jgn jadi bini yg baik  sgt dkt suami. tk boleh pakai diorg ni. baik sgt curang jahat pun lagi curang. 
me : pokoknya mrk tk tahu bersyukur kak. cuba letakkan 1 hari je dlm watak seorang isteri. 1 hari je. i bet mesti diorg akn salute dgn wife2 mrk malah lebih sayang.dan mrk akan hargai wife sbb berkorban dgn sgt banyak kpd suami dan keluarga. 
kakak : tu la . aku tk fhm la kalau org selalu nak tekankan asyik wife je salah. tak sambut suami  dgn bau wangi la, baju seksi2 la. muka mekap2 la etc etc etc. dlm ceramah pun asik highlight wife yg salah ta jaga semua benda. tpi jrg sekali diorg higlightkn TANGGUNGJAWAB SEBENAR SEORANG SUAMI. bukan hanya tahu nak buat anak lpas tu daah siaap. Kenapa kau nak komplen psl bini kau kalau kau tk pernah tolong dia buat kerja rumah ? kenapa nak komplen kalau kau tak pernah masuk dapur tgk2 apa yg patut ? kenapa nak komplen kalau kau tk tgk dn didik anak2 depan mata pergi balik sekolah ? kenapa kau nak komplen kalau kau nak benda perfect tappi kau tk usaha. kau nak bini je jadi gundik utk semuanya. bini dah mcm robot. pandai ckp kenapa tk pakai cantik2 mcm kerja dkt luar. ehh habis kita pkai cantik2 ni utk jaga maruah diorg juga. kang nnt org tanya siapa yg gi kerja pakai kain batik tu ? haa kang sebut nama laki kan ke malu sbb takleh nak didik bini lawa2 dkt luar. tu pun tk boleh nk fikir. aku mmg hangin la benda2 mcm ni jadi alasan utk laki curang. such a stupid action !
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
* sejujurnya aku belum berkahwin. tpi aku tau watak seorang isteri bekerjaya penat dia mcm mana.Sebab aku dah mcm ibu tpi takde laki je sbb tlg ibu jaga adik2 dan sepupu kecik2.
bangun awal pagi jam 5 kemas2 basuh baju sidai baju siapkan brkfst then pergi kerja. pergi kerja balik jam 7 kdg jam 8 sebab jem. balik2 terus pickup anak dkt rumah pengasuh kalau ada. then balik terus masak sbb fkr nak feed suami bila suami balik rumah nnt.tk sampai hati tgk suami ngengek lapar. smntara tggu suami balik tu kemas dapur lg sbb dah masak, then kemas2 rumah fkr nnt suami balik rumah tk sepah sgt nnt dia pening. suami balik rumah nak tenang je. lepas habis makan kemas dapur lagi ksi clean. lepas tu tgk anak2 punya kerja sekolah dan berkaitan dgnnya. aleh2 dah jam 10 atau 11 semua ni habis. terus terang aku perhatikan laki skrg kurg nak tgk anak2. semua serah kt bini. tahu2 je anak dah berjaya. kalau tk berjaya nnt bini kena amuk juga. sungguh aku letih dgn senario ni. bosan dan muak. waktu tidur, kalau kena layan suami lagi 1 hal. oke part ni je la aku tk thu tahap maksima letih dia mcm mana sebab belum praktikal lagi hahaha ! 

masa sekarang berputar sgt laju. wahai laki tolonglah cakap part mana wife anda berkesempatan nak solek2 sgt utk anda . part mana wife2 anda boleh ada extra time utk pergi gym kasi bdn cantik molek balik ? part mana wife2 anda boleh pergi spa kasi badan wangi2 dan lembut mcm baldu kulitnya ? 
wahai laki tolonglah faham.
wife tk sempat makeup beria sebab kalut nak masak. peluh2 muka tu buat tk selesa taw nak masak nnti 1 hal pulak nak betul2 kan makeup . oke fine laki boleh ckp lepas masak kan boleh mandi makeup cantik2?  haha laughing je la aku dgr. boleh tu mmg la boleeh. tpi fikir rasional la bro. kdg2 tgh masak tu kau balik nak makan. anak2 nak handle lagi. dah kau asik bebel perempuan ni kalau bersiap 2 3 jam . dahtu kau boleh tggu ke perut tu ? kerat jari la kalau kau boleh. 
wife tak sempat nak pergi gym sebab sibuk uruskan tanggungjawab kau. contohnya apa ? pergi pasar beli lauk ke, kemas rumah sikit2 ke, hantar amik anak pergi sekolah ke, bila malam tgk kerja sekolah anak2. jgn ingt lepas kawin wife tu gundik sukati nak arah apa je. ingat eh. kalau dah tanggngjwb lelaki tu sendiri tpi dia paksa2 wife utk buat dan wife tu tak rela, wife tu tk dosa sbb tu mmg tggungjwb kau wahai laki . kalau wife tu tknk basuh baju sebab dia penat, kau tk boleh nak paksa. kalau dia tknk kemas rumah beria ia sebab penat tlg kau cri nafkah, kau tk boleh nak paksa. sebab pokoknya mmg kau yg kena sediakan semuanya sbb kau ketua. wife hanya topup sikit2 je kasi rumahtangga tu lancar dan licin. 
para laki tolong ingat, tnggungjawab sebenar wife adalah MELAYAN SUAMI SERTA MENDIDIK ANAK SAHAJA. dua ni je yg utama. lain2 tu kena bincang suami isteri utk sama2 agihkan tugas so fmily smua oke. bukan semua benda kau SURUH DAN ARAH wife kau buat kau pulak dictator nak tgk semuanya perfect.
Bila wife dah beria tlg handle rumahtangga, kau pulak kalut sibuk nak makan luar. coii tak rasa malu ke ? kau sama kan bahagian seorang isteri yg mmg khas utk kau dgn janda yang kau tiduri sbb nafsu jahanam tu? haha claps. kalau dgn kau pun dia boleh sukahati nak kasi lenjan bahagian rahsia tu, kau ingt tk boleh ke if dia nk cri guy lain yg lebih hebat layanannya drpd kau . Dasar manusia tk thu bersyukur. Mujur saja belum sempat kena apa2 penyakit yg berjangkit. 
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Meh sini nak kongsi sikit bila waktu laki2 boleh komen wife busuk la tak pay attntion la itu la ini la. bukak mata luas2 baca dan kasi pahat dlm minda tu biar hidup tu dlm keadaan realistik sikit bukan hidup berdrama.

1. laki tknk wife dia busy maka dia sediakan maid utk bini dia. Semua benda maid buat kecuali masak. oke part masak ni aku setuju la wife kena buat tpi tak wajib . tpi mmg nature wife akan masak utk suami so oke aku agree. So wife dah lega sikit jdi boleh dah nak spendtime utk mandi lelama kasi wangi2 scrub apa yg patut.

2. laki sediakan fund untuk wife dia pergi gym / aerobic / zumba etc etc. Ingt eh . kasi rm eh bukan kasi air liur je suruh pergi sana sini. waktu ni boleh lah wife2 nak ramping balik mcm zmn dlu kala bergetah bagai hoho. So wife mmg la patut jaga badan sebaiknya sbb laki dah support. heavennn heavenn hhih.


3.kalau takde maid. laki amik port sekali kemas rumah , basuh baju, masak atau paling kurang toolong basuh peralatan dapur. kalau laki bini kerjsama mmg takyah maid. sbb buat kerja rumah tu sbnrnya pengikat kasih sayang. tak caya buat lah cewahh ! so wife takde alasan busy kemain sbb laki sama2 tlg.tolong buat k bukan tolong tgk je coiss . so dlm surat di atas mcm wife je kena handle semua benda so laki tk layak nak komplen sgt. jgn ikut agenda barat yg konon nilai seorg suami rendah bila dia tlg isteri2. tak wujud isu itu sdgkn nabi pun tlg wife2 baginda utk membuat kerja rumah. Malah dipandang tinggi lg oke you alls !


4.laki dah kasi fund utk beli benda2 wangi dan semerbak utk wife pakai. atau paling rasa mcm romantik kau tlg je beli utk wife tu.kau rasa nak bau dia mcm burberry so belikan lah perfume / sabun burberry tuk si dia. wife mana tk seronok kalau suami layan dia mcm permaisuri wehh. and laki akan beruntung sbb wife sendiri akan volunteer sama2 tlg laki clearkan tggungjwb rumahtgga. dlm surat ni ada mention laki dia dah kasi fund utk wife dia beli brg2 wangi tpi mgkn sbb wife dia tkut membazir / mmg slow motion so laki kena ckp la direct to the point. YANG AMIK DUIT ABG KASI NI PI BELI PERFUME BURBERRY ABG BALIK NAK AYANG WANGI2 JE K. DUIT RUMAH NANTI ABG KASI LAIN AYANG PI BELI UTK AYANG DULU. hahhaa cliche sgt ayang abg aku yg geli uweekk !

future imam tolong belanja i this one k hakhak confirm wangi jek memanjangg :P

5. laki WAJIB BELIKAN 2 PASANG PAKAIAN utk wife setahun. minima 2 pasang setahun k. bukan banyak pun. and most wife kdg tk berkira pun sbb most ada duit sendiri.so boleh nak spend tpi laki mmg wajib kasi. 2 psg from head to toe. 
6. laki tlg lah sama2 amik masa tgk anak2. kalau kau ckp kau je tkde masa bnyk kerja dkt luar, apetah lg wife. ini aku tujukan khas utk psgn yg bekerjaya. kalau mmg laki dia manyakk duit wife duduk umah goyang kaki taleh rungut2 sbb back to basic rules bini punya banyak masa dah.so bini mmg kena didik anak. tu mmg tggungjwb dia. cuma sbg peranan seorang bapa mmg sepatutnya ada. seorang anak perlu ibu dan bapa. So klau laki dah share tggungjwb tgk2 anak wife insyaALLAH boleh jaga diri utk suami. sebab masa dah bahagi bahagi.

kalau laki dah provide part of thing yg aku ckp ni only then nak ngomel tu layak sgt. sbb semua kau dah provide jdi wife takde alasan dah. maka di sini bila wife tk buat so tkut dosa pulak.

well sebenanya bnyk lg tpi buat masa skrg ni jela dulu aku kupaskan sbb basic benda yg sama je. PERLU KERJASAMA DAN TANGGUNGJAWAB LAKI BINI. tk boleh salahkan suami 100% tpi mcm surat di atas ni lg mmg sgt tak patut. kau kena ingt wahai laki, perempuan mula menggelebeh pun sebab lahirkan zuriat kau yee. ingt sikit tu hasil kau. jgn tahu nak sedap je tanggungjwb takde. mata lebam2 sbb tk cukup tidur handle anak2 kcik dlm masa yg sama. lain la kalau 10 taun tu dpt sorg anak. kalu dah tahu wife tu prestasi tk mcm dulu sila la amik tahu.belikan la dia jamu2 apa yg patut ke. atau kasi smgt dkt dia supaya dia boleh get back mcm dlu. jgn la kau makan luar. jijik sgt rasa.kalau mcm tu caranya kau rasa kau ikhlas ke terima psgn seadanya ? well itu bullshit.
komunikasi tu penting dlm marriage. oke aku belum la kawin lg tpi aku dah mula bljr ats relationship2 yg lepas. theres no such thing as kita terima pasangan seadanya melainkan mmg kita ni kawin sbb ALLAH. only then takde komplen akan dluahkan apetah lg nk jdi situasi di atas. Tpi kita manusia. sikit sebanyak kdg mmg rasa tk kena itu ini. Rasa tk betul je tolong lah communicate. kasi straight apa punca kasi settle masa tu jugak. jgn la drag simpan sorg2 lepas tu konon2 meletop hasilnya berzina bersepah sepah.

Terus terang lepas baca surat ni aku rasa laki tu patut berubah dan betulkan niat dia kawin sebab apa . obviously dia nak mah dlu sbb cantik bergaya what so ever. selagi dia tk betulkan niat dia selagi tu chances of dia nak repeat lg tu ada. Berubah dan tolong lebih bertanggungjwb thdp rumah wife dan anak2. Only then si MAH akan boleh berubah sbb dia tk perlu pikul tggungjwb berat2 dah.
" Seorang isteri teruji di kala suami tak punya apa2.
Tetapi seorang suami teruji apabila dia punya segalanya "




No comments:

Post a Comment